Saturday, May 2, 2009

kumpul kemahiran...setuju???


salam. aku tengah kebosanan sebenarnya. takda apa yang nak di buat. so, aku pon terpikir nak tulis sesuatu. sebelum ni, aku just men gitar. gitar bukan lah tujuan utama yang aku nak tulis, tp ianya merupakan sebahagian dari apa yang aku nak tulis nie. kemahiran, bagi aku, seseorang itu sangat bagus sekiranya ada kemahiran. bagi aku laa, kemahiran merupakan satu aspek yang sangat penting bagi kita untuk menjalani kehidupan dan bagi aku yang bakal menjadi seorang guru terutamanya. bayangkanlaa bagaimana aku nak mengajar kanak-kanak prasekolah yang rata-ratanya berusia 5-6 tahun dengan hanya bercakap, berleter, bagi kerja tulis n suruh mewarna. heh, mesti budak akan menyampah tengok aku. so, sekarang aku masih mempersiapkan diri aku dengan mengumpul kemahiran. contohnya, bermain gitar. aku masih belajar bermain ghitar. bukan untuk hebat seperti joe wings, man kidal, slash or len-len. just boleh main gitar dah cukuplaa kan. boleh laa nati aku mengajar dengan bermain gitar. mungkin kanak-kanak prasekolah ini akan lebih teruja melihat guru bermain gitar sambil menyanyi. aku jugak dalam proses memahami tarian tradisional. aku sedang mengikuti kursus tarian tradisional yang di anjurkan oleh Askoputra bersama kawan-kawan aku. boleh laa aku mengajar kanak-kanak asas tarian untuk perkembangan fizikal mereka. tidak laa mereka bosan dengan hanya senaman tarik nafas dan turun nafas. aku jugak ada pengalaman bermain bola, tenis, bola tampar, badminton, bola baling dan pernah menyertai kejohanan olahraga, lontar peluru, rejam lembing, lempar cakera dan lain-lain. hurm, dengan adanya pengalaman-pengalaman ini, aku yakin aku takkan kekok sekiranya di suruh menguruskan mana-mana pasukan sekolah, atau melatih mereka. walaupun aku hanya seorang guru prasekolah, tapi aku tahu aku kena luaskan pengalaman aku sebagai persediaan untuk alu masuk sekolah nanti. yang diatas hanyalah sebahagiannya, dan kalau ada keizinan, aku juga nak belajar bertarannum. mmg impian aku tue satu hari nanti. so, kesimpulannya disini, aku rasa pengalaman dan kemahiran yang kita dapat tue sangat berguna bagi kita. jangan sia-siakan segala kemungkinan untuk dapatkan kemahiran yang bersesuaian yang boleh membantu kita kelak. sekian.

p/s:- moga-moga aku dapat menjadi guru yang berilmu walaupun aku nie tak seberapa bijak ataupun tidak ber IQ tinggi.hehe.

0 comments: