Friday, May 1, 2009

Filem kita dan Filem mereka....




salam...hurm,hari nie aku ada terbaca dalam surat kabar kosmo tentang salah satu kumpulan artis kita yang bercita-cita hendak membina sebuah studio bertaraf dunia. kumpulan yang aku maksudkan tue ialah kumpulan KRU. aku tertarik dengan usaha diorang, sebab bagi aku sekarang sudah masanya orang kita meneroka dan melangkah dengan lebih laju lagik dalam industri filem. jangan nak salahkan orang kita kalau tak tengok sangat filem malaysia. ada sebabnya. aku takdalah seteruk tu. aku masih lagi tengok cerita Malaysia. tu pun setelah aku betul-betul habis fikir dan aku rasakan berbaloi untuk ditonton. kalau tak, aku just akan dengar orang bercerita je lah.
berbalik kepada kemajuan filem tempatan, aku sangat berbangga dengan kewujudan filem animasi GENG. bagi aku, itu satu langkah pemulaan yang sangat-sangat wajar untuk mendapat pengiktirafan. dengan grafik yang sangat cantik, kualiti bunyi yang bagi aku cukup hebat, warna yang menarik perhatian dan lain-lain elemen yang di garap dengan cukup sempurna menjadikan filem ini satu yang sangat berbaloi bagi aku untuk ditonton. aku harap, dengan bermulanya satu dimensi baru yang di jayakan dalam filem GENG ni akan membuka karyawan tempatan lain untuk menyahut cabaran dunia perfileman. aku juga berharap kepada kumpulan KRU, teruskan usaha untuk membina studio bertaraf dunia ini, kerana ianya dapat membantu bukan sahaja karyawan tempatan malah dapat melonjakkan lagi mutu perfileman kita di mata dunia.
sekian dari aku...salam...

0 comments: