Sunday, November 25, 2012

Cuaca oh cuaca

Cuaca skrg mmg dah tak menentu...ni la petunjuk dunia akhir zaman...dunia sudah tua...waktu yg disangkakan panas,hujan trun mencurah tak henti2...waktu yg biasanya org takut nk buat kenduri bimbang pelamin di banjiri air,rupanya cerah smpai ke petng...hurmm...begitulah keadaan sekarang...aku bertuah dpt merasai cuaca di dua tmpat yang berbeza...sabah dan semenanjung...(xdpt lg nk pg over de sea betul2...huhu)...kat sabah kalau panas,tidak seperti semenanjung...masih boleh tahan lg bahangnya...fi semenanjung plak,kdg2, msti nk pakai 2 kipas...atas n bawah...anak aku pn balik semenanjung smpai penuh badan naik ruam...n smpai demam...kt sabah dua ok lg...huhu...inilah lumrah alam...dunia makin tua...kita pn makin tua...dunia makin banyak penerokaan yg tak sepatutnya,makin panas...kita kalau makin banyak benda yg tak berguna kita buat agak2 kta ni nt sejuk ke panas?fikir2kn lah...

Owhhhh harimau...

Hurm...msti ramai yg temgok bola mlm td kn? Aku pn tengok gak dan ianya berjaya membuatkan aku tension...mcm mana nk suruh kita sokong tak kira menang or kalah kalau dah kalah memanjang...ble kita boleh sokong time menang nye?apek trus hilang fokus...tengah mcm tak hidup...bola selalu hilang...simple mistake terlalu bnyk...comon la harimau malaya...we always going to support you guys but please don't waste our support...we would like to watch you win as well...hurmmmmmmm....

Saturday, November 24, 2012

Mobile blogging...

This is my first try write blog with mobile...

Thursday, July 8, 2010

(petikan kosmo online_9 julai 2019)

Memahami seorang lelaki


LELAKI akan mula berahsia jika mendapat tahu kekasih atau isterinya menjaja cerita dengan orang lain.


BAYANGKAN senario ini. Pada satu hujung minggu yang indah, Jasmin dan Daniel bercadang untuk menonton wayang di pawagam berhampiran dengan kediaman mereka.

Pasangan kekasih yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja itu hanya berpeluang bersama ketika hujung minggu sambil pergi menonton wayang, berekreasi ataupun menikmati makanan di restoran kegemaran.

Seperti biasa, semasa menunggu giliran membeli tiket tiba-tiba mereka terserempak dengan Nadia, rakan pejabat Jasmin yang juga merupakan seorang model sambilan. Perwatakan cantik dan anggun Nadia itu tanpa disedari menarik perhatian Daniel.

"Kenapa asyik pandang Nadia? Awak rasa dia cantik?," persoal Jasmin.

"Saya rasa kawan awak itu cantik," jawab Daniel dengan ikhlas tanpa berselindung apa-apa. Namun, kata-kata Daniel itu mula mengundang masalah dalam perhubungan antara pasangan itu sebab Jasmin berasa kekasih mula tertarik dengan wanita lain.

Situasi seumpama itu hakikatnya sering berlaku dalam mana-mana perhubungan pasangan kekasih ataupun suami isteri.

Mungkin anda juga pernah mengalaminya. Dalam situasi tersebut, luahan ikhlas Daniel kepada Jasmin sebenarnya untuk memudahkan kefahaman bukan merumitkan lagi perhubungan.

Menurut Kaunselor Perhubungan di Universiti Missouri, Columbia, Amerika Syarikat, Glenn Good, lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan adakalanya lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir daripada kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan.

Kadangkala majoriti wanita berfikir lelaki yang berbohong tentang diri sendiri akan berbohong mengenai semua perkara lain. Maka, perasaan curiga akan menyelubungi jiwa sehingga memusnahkan perhubungan yang baik.

Sebenarnya memahami golongan lelaki bukan susah seperti yang disangka. Bagi kaum wanita yang bimbang dan menghadapi masalah dengan perkara itu Pesona memberi tip untuk anda memudahkan perjalanan cinta anda.

Suka membisu

Golongan wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan sedih sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki pula lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Apabila lelaki membisu bukanlah bermakna dia tidak langsung memikirkan hal tersebut, sebaliknya dia enggan memanjangkan atau mengeruhkan sesuatu situasi buruk. Jadi, wanita usah bimbang atau bersangka buruk bahawa pasangan anda tidak langsung mempedulikan anda.

Cukup sekadar meluahkan apa yang tersirat di hati tanpa perlu membebel panjang. Lelaki biasanya akan faham dan selesa dengan situasi itu.

Lelaki tidak kompleks

Apabila seseorang lelaki menunjukkan tanda bahawa dia menyukai wanita yang pandai menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan dan menghabiskan waktu intim bersama, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut inginkan.

Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif tetapi kebanyakan lelaki bersifat sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks dan sukar difahami sedangkan sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah sahaja.

Jangan paksa lelaki

Apabila seseorang wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jika tidak bertanya dan menyelidik perasaannya secara mendalam. Lebih baik bagi seseorang wanita itu membaca bahasa badan lelaki, lirik matanya atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya.

Pentingkan kejujuran

Sama seperti wanita, golongan lelaki juga mementingkan kejujuran. Jika lelaki mengetahui kekasih atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara telus mengenai hal-hal rahsia yang lainnya.

Kejujuran memang penting bagi lelaki. Seorang suami ingin isterinya menyimpan rahsia rumah tangga mereka daripada pengetahuan umum.

Hidup lelaki lebih mudah

Cara hidup lelaki lebih mudah berbanding wanita. Oleh sebab itu, lelaki sukar untuk memahami apabila sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk bahasa kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki memahaminya, sedangkan mereka lebih suka jika perkara itu disampaikan dalam bahasa yang mudah dan berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, lebih baik berbual secara terbuka kepada lelaki.


p/s:mcm mne?ape pndapat korg?

daging kambing...alaahaaiii...

(petikan dr kosmo...9 julai 2010)

Daging kambing tak bahaya kepada kesihatan


PERSEPSI negatif terhadap daging kambing perlu diubah. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Tanggapan bahawa orang yang menghidap penyakit seperti darah tinggi dan sakit jantung tidak dibenarkan memakan daging kambing adalah kurang tepat.

Pakar Makanan dari Program Dietetik, Universiti Sains Malaysia (USM), Shariza Abd Razak berkata, kandungan kolesterol dalam daging kambing adalah hampir sama dengan daging lain.

"Daging kambing tergolong dalam kumpulan daging merah seperti lembu, kerbau serta biri-biri dan boleh dikatakan kesemua jenis daging ini tidak banyak perbezaan kandungan kolesterol.

"Apa yang paling penting ialah pengambilan daging perlu dikawal dan dimakan dalam kuantiti yang sederhana mengikut keperluan dan tahap kesihatan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut Shahriza, pandangan bahawa daging kambing tidak sesuai diambil oleh penghidap penyakit darah tinggi atau jantung hanya merupakan satu persepsi sehingga menyebabkan orang ramai takut untuk makan daging tersebut. (p/s aku: ini laa yg org selalu takutkn...tp ayah aku ttp stady...dan kini telah terbukti)

Katanya, tahap kesihatan seseorang individu itu boleh terjejas sekiranya daging yang dimakan tanpa mengira jenis diambil tanpa kawalan atau mengikut keperluan yang sepatutnya.

Sementara itu, Pensyarah Pemakanan dan Dietetik Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Fatimah Arshad berkata, kandungan kolesterol dalam daging akan menjadi rendah setelah dibuang lemaknya.

Katanya, kandungan kolestrol dalam daging binatang terletak di dalam lemak dan sebab itu lemak yang terdapat pada daging perlu dibuang sebelum dimasak dan dimakan.


p/s: teringat kat ayah aku bile bace pasal daging kambing nih...haha...alaa..makan je daging kambing ni...sedap kn ayah kn...

Monday, April 5, 2010

rumah ku...

assalamualaikum...

lokasi : rumah aku

alamat : taman nabalu 2, lot 2, jalan kionsom baru, 89257, tamparuli, sabah.

gambar rumah :


dapur rumah


ruang makan


sofa asal


ruang tamu


pintu depan


sekian....huhu

Tuesday, March 2, 2010

dilema.....

hurm...mane yg sesuai n ekonomi??????


a ) kembara


b ) ford ranger


c ) toyota prado


d ) toyota mark II

p/s : gmbr tersebut adalah hiasan semata2...