Monday, May 4, 2009

masuk hari kedua....

salam...deman selseme aku dah pun masuk hari kedua. sore aku dah kejap2 ada kejap2 ilang. bila bersin pon dah makan dalam otak sakitnyer. huhuhu. moga2 keadaan kembali di paras normal. aminnn...

p/s:- doakan aku cpt sembuh yer kawan2...huhuhu

Sunday, May 3, 2009

di landa demam selsema...

salam...dari semalam aku dilanda selsema. ari nie makin teruk. asyik bersin jer. sampai satu tahap, aku bersin sampai takda suara. huhuhu. yang paling leceh nak kesah hingus yang keluar. harap-harap demam selsema nie cepat sembuh dan tidak semakin teruk. aminnn...

p/s:- TQ Budi sbb bagi ubat selsema...huhuhu

Saturday, May 2, 2009

kumpul kemahiran...setuju???


salam. aku tengah kebosanan sebenarnya. takda apa yang nak di buat. so, aku pon terpikir nak tulis sesuatu. sebelum ni, aku just men gitar. gitar bukan lah tujuan utama yang aku nak tulis, tp ianya merupakan sebahagian dari apa yang aku nak tulis nie. kemahiran, bagi aku, seseorang itu sangat bagus sekiranya ada kemahiran. bagi aku laa, kemahiran merupakan satu aspek yang sangat penting bagi kita untuk menjalani kehidupan dan bagi aku yang bakal menjadi seorang guru terutamanya. bayangkanlaa bagaimana aku nak mengajar kanak-kanak prasekolah yang rata-ratanya berusia 5-6 tahun dengan hanya bercakap, berleter, bagi kerja tulis n suruh mewarna. heh, mesti budak akan menyampah tengok aku. so, sekarang aku masih mempersiapkan diri aku dengan mengumpul kemahiran. contohnya, bermain gitar. aku masih belajar bermain ghitar. bukan untuk hebat seperti joe wings, man kidal, slash or len-len. just boleh main gitar dah cukuplaa kan. boleh laa nati aku mengajar dengan bermain gitar. mungkin kanak-kanak prasekolah ini akan lebih teruja melihat guru bermain gitar sambil menyanyi. aku jugak dalam proses memahami tarian tradisional. aku sedang mengikuti kursus tarian tradisional yang di anjurkan oleh Askoputra bersama kawan-kawan aku. boleh laa aku mengajar kanak-kanak asas tarian untuk perkembangan fizikal mereka. tidak laa mereka bosan dengan hanya senaman tarik nafas dan turun nafas. aku jugak ada pengalaman bermain bola, tenis, bola tampar, badminton, bola baling dan pernah menyertai kejohanan olahraga, lontar peluru, rejam lembing, lempar cakera dan lain-lain. hurm, dengan adanya pengalaman-pengalaman ini, aku yakin aku takkan kekok sekiranya di suruh menguruskan mana-mana pasukan sekolah, atau melatih mereka. walaupun aku hanya seorang guru prasekolah, tapi aku tahu aku kena luaskan pengalaman aku sebagai persediaan untuk alu masuk sekolah nanti. yang diatas hanyalah sebahagiannya, dan kalau ada keizinan, aku juga nak belajar bertarannum. mmg impian aku tue satu hari nanti. so, kesimpulannya disini, aku rasa pengalaman dan kemahiran yang kita dapat tue sangat berguna bagi kita. jangan sia-siakan segala kemungkinan untuk dapatkan kemahiran yang bersesuaian yang boleh membantu kita kelak. sekian.

p/s:- moga-moga aku dapat menjadi guru yang berilmu walaupun aku nie tak seberapa bijak ataupun tidak ber IQ tinggi.hehe.

persiapan....



salam...
hurm, cuti sekolah dah tak lame. lebih kurang kurang sebulan jer lagik. so, ramailah yang mula sibok buat persiapan. antaranya persiapan bagi majlis pertunangan dan perkahwinan. pagi tadi, aku kuar ke kl untuk menbeli barang. so, ramai jugak yang aku perhatikan dok sibok memilih ape yang dijadikkan hantaran. antara barang yang di beli seperti bunga, bakul or kotak untuk letak hantaran, riben, gam pistol tue dan macam-macam lagik laa. aku pon tak ketinggalan juga menolong seseorang membeli barang pertunangan adiknya. huhuhu, memeningkan jugak untuk memilih corak dan reka bentuk hiasan bagi menyiapkan hantaran. kaler nak kene sama dengan temanya, riben dan segala hiasan perlu kena dengan barang hantaran. fuhh, fenin...hehehe...ape2 pon, cukuplaa kan kalau kita buat sekadar yang mampu. bukan tidak mahu meraikan, tetapi jangan sampai membebankan.-tamat-

p/s:- insyaallah turn aku tahun depan...huhuhu...moga jodoh berpanjangan, aminnnnn...

Friday, May 1, 2009

undi jgan tak undi...


salam...
tadi aku baru jer lepas tengok oiam. pemenangnye adalah tomok. n peratus undi amatlah sikit antara dia dengan ester. tp, ni bukan laa aper yang aku nak fokuskan.hehehe.intro jer nie. aper yang aku nak bincangkan ialah tentang undi. aku tengok rancangan-rancangan begini bijak menarik perhatian penonton untuk mengundi pilihan mereka. dalam oiam nie, aku tgok si awal dengan teman dia bijak menarik perhatian penonton untuk mengundi dan juga rancangan ini dapat mengumpan penonton untuk mengundi dengan menyatakan peratusan undian secara kerap. bayangkanlah, dalam beberapa minit sahaja, keputusan undi dah pon berubah. haa, cube kira berapa ratus atau ribu ringgit yang telah disumbangkan oleh ribuan peminat-peminat mereka. kalau seorang di cas rm1 (aku taktau berapa casnye sbb tak penah try, ni contoh jer), cube bayangkan kalau satu ribu peminat yang undi, dan dapat satu ribu rgt. aku percaya pengundi takkanlah sebanyak itu jer. mungkin mencecah puluhan ribu. so, kire laa sendiri berapa untungnya penganjur rancangan ini dengan duit undian tue kn. hehehe. silap-silap duit satu juta tu pun takde laa sebanyak untuk yang diorang dapat.
aper2 pun, aku percaya rakyat malaysia mampu berfikir dengan yang terbaik...

p/s:- aku tak penah mengundi pun. tak cukup umur. hahaha.

Filem kita dan Filem mereka....




salam...hurm,hari nie aku ada terbaca dalam surat kabar kosmo tentang salah satu kumpulan artis kita yang bercita-cita hendak membina sebuah studio bertaraf dunia. kumpulan yang aku maksudkan tue ialah kumpulan KRU. aku tertarik dengan usaha diorang, sebab bagi aku sekarang sudah masanya orang kita meneroka dan melangkah dengan lebih laju lagik dalam industri filem. jangan nak salahkan orang kita kalau tak tengok sangat filem malaysia. ada sebabnya. aku takdalah seteruk tu. aku masih lagi tengok cerita Malaysia. tu pun setelah aku betul-betul habis fikir dan aku rasakan berbaloi untuk ditonton. kalau tak, aku just akan dengar orang bercerita je lah.
berbalik kepada kemajuan filem tempatan, aku sangat berbangga dengan kewujudan filem animasi GENG. bagi aku, itu satu langkah pemulaan yang sangat-sangat wajar untuk mendapat pengiktirafan. dengan grafik yang sangat cantik, kualiti bunyi yang bagi aku cukup hebat, warna yang menarik perhatian dan lain-lain elemen yang di garap dengan cukup sempurna menjadikan filem ini satu yang sangat berbaloi bagi aku untuk ditonton. aku harap, dengan bermulanya satu dimensi baru yang di jayakan dalam filem GENG ni akan membuka karyawan tempatan lain untuk menyahut cabaran dunia perfileman. aku juga berharap kepada kumpulan KRU, teruskan usaha untuk membina studio bertaraf dunia ini, kerana ianya dapat membantu bukan sahaja karyawan tempatan malah dapat melonjakkan lagi mutu perfileman kita di mata dunia.
sekian dari aku...salam...

x-men:- mengecewakan........


salam... hurm,ari tue aku ngan dak2 kelas aku pg tengok citer wolverine kt alamanda. Tp agak malang laa sebab bagi aku citer tue tak menepati cam ape yang aku bayangkan. grafik dier sangat mengecewakan sampaikan ada satu babak tue cam dier men lukis jer. ceh. spoil giler aku raser. best lagik tengok citer GENG. aku membayangkan yang citer tue best giler arr, walaupun aku dah tau jalan citer dier. huhuhu.(ada sebab aku ckp cam ni). pas tangok citer nie, aku ada gak tanya kat member aku, dier pon cakat garfik citer nie hampeh. maybe diorang dah kecewa sebab citer yang tak siap dah terlepas dicetak rompakan.huhuhu. dats why laa diorng wat cam cikai2 jer. tue tanggapan aku laa. ape2 pon, bagi aku, x-man kali nie mengeceakan. aku harap citer2 len yang aku nak tengok nt tak cam nie. dats all...tululuuuu....salam...

p/s:- dah lamer jgk aku tak menulis kat blog aku nie...harap ada jer tp tak wat aper2...huhu...insyaallah,aku akan kembali mengaktifkan blog aku nie...