Thursday, July 8, 2010

(petikan kosmo online_9 julai 2019)

Memahami seorang lelaki


LELAKI akan mula berahsia jika mendapat tahu kekasih atau isterinya menjaja cerita dengan orang lain.


BAYANGKAN senario ini. Pada satu hujung minggu yang indah, Jasmin dan Daniel bercadang untuk menonton wayang di pawagam berhampiran dengan kediaman mereka.

Pasangan kekasih yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja itu hanya berpeluang bersama ketika hujung minggu sambil pergi menonton wayang, berekreasi ataupun menikmati makanan di restoran kegemaran.

Seperti biasa, semasa menunggu giliran membeli tiket tiba-tiba mereka terserempak dengan Nadia, rakan pejabat Jasmin yang juga merupakan seorang model sambilan. Perwatakan cantik dan anggun Nadia itu tanpa disedari menarik perhatian Daniel.

"Kenapa asyik pandang Nadia? Awak rasa dia cantik?," persoal Jasmin.

"Saya rasa kawan awak itu cantik," jawab Daniel dengan ikhlas tanpa berselindung apa-apa. Namun, kata-kata Daniel itu mula mengundang masalah dalam perhubungan antara pasangan itu sebab Jasmin berasa kekasih mula tertarik dengan wanita lain.

Situasi seumpama itu hakikatnya sering berlaku dalam mana-mana perhubungan pasangan kekasih ataupun suami isteri.

Mungkin anda juga pernah mengalaminya. Dalam situasi tersebut, luahan ikhlas Daniel kepada Jasmin sebenarnya untuk memudahkan kefahaman bukan merumitkan lagi perhubungan.

Menurut Kaunselor Perhubungan di Universiti Missouri, Columbia, Amerika Syarikat, Glenn Good, lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan adakalanya lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir daripada kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan.

Kadangkala majoriti wanita berfikir lelaki yang berbohong tentang diri sendiri akan berbohong mengenai semua perkara lain. Maka, perasaan curiga akan menyelubungi jiwa sehingga memusnahkan perhubungan yang baik.

Sebenarnya memahami golongan lelaki bukan susah seperti yang disangka. Bagi kaum wanita yang bimbang dan menghadapi masalah dengan perkara itu Pesona memberi tip untuk anda memudahkan perjalanan cinta anda.

Suka membisu

Golongan wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan sedih sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki pula lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Apabila lelaki membisu bukanlah bermakna dia tidak langsung memikirkan hal tersebut, sebaliknya dia enggan memanjangkan atau mengeruhkan sesuatu situasi buruk. Jadi, wanita usah bimbang atau bersangka buruk bahawa pasangan anda tidak langsung mempedulikan anda.

Cukup sekadar meluahkan apa yang tersirat di hati tanpa perlu membebel panjang. Lelaki biasanya akan faham dan selesa dengan situasi itu.

Lelaki tidak kompleks

Apabila seseorang lelaki menunjukkan tanda bahawa dia menyukai wanita yang pandai menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan dan menghabiskan waktu intim bersama, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut inginkan.

Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif tetapi kebanyakan lelaki bersifat sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks dan sukar difahami sedangkan sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah sahaja.

Jangan paksa lelaki

Apabila seseorang wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jika tidak bertanya dan menyelidik perasaannya secara mendalam. Lebih baik bagi seseorang wanita itu membaca bahasa badan lelaki, lirik matanya atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya.

Pentingkan kejujuran

Sama seperti wanita, golongan lelaki juga mementingkan kejujuran. Jika lelaki mengetahui kekasih atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara telus mengenai hal-hal rahsia yang lainnya.

Kejujuran memang penting bagi lelaki. Seorang suami ingin isterinya menyimpan rahsia rumah tangga mereka daripada pengetahuan umum.

Hidup lelaki lebih mudah

Cara hidup lelaki lebih mudah berbanding wanita. Oleh sebab itu, lelaki sukar untuk memahami apabila sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk bahasa kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki memahaminya, sedangkan mereka lebih suka jika perkara itu disampaikan dalam bahasa yang mudah dan berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, lebih baik berbual secara terbuka kepada lelaki.


p/s:mcm mne?ape pndapat korg?

daging kambing...alaahaaiii...

(petikan dr kosmo...9 julai 2010)

Daging kambing tak bahaya kepada kesihatan


PERSEPSI negatif terhadap daging kambing perlu diubah. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Tanggapan bahawa orang yang menghidap penyakit seperti darah tinggi dan sakit jantung tidak dibenarkan memakan daging kambing adalah kurang tepat.

Pakar Makanan dari Program Dietetik, Universiti Sains Malaysia (USM), Shariza Abd Razak berkata, kandungan kolesterol dalam daging kambing adalah hampir sama dengan daging lain.

"Daging kambing tergolong dalam kumpulan daging merah seperti lembu, kerbau serta biri-biri dan boleh dikatakan kesemua jenis daging ini tidak banyak perbezaan kandungan kolesterol.

"Apa yang paling penting ialah pengambilan daging perlu dikawal dan dimakan dalam kuantiti yang sederhana mengikut keperluan dan tahap kesihatan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut Shahriza, pandangan bahawa daging kambing tidak sesuai diambil oleh penghidap penyakit darah tinggi atau jantung hanya merupakan satu persepsi sehingga menyebabkan orang ramai takut untuk makan daging tersebut. (p/s aku: ini laa yg org selalu takutkn...tp ayah aku ttp stady...dan kini telah terbukti)

Katanya, tahap kesihatan seseorang individu itu boleh terjejas sekiranya daging yang dimakan tanpa mengira jenis diambil tanpa kawalan atau mengikut keperluan yang sepatutnya.

Sementara itu, Pensyarah Pemakanan dan Dietetik Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Fatimah Arshad berkata, kandungan kolesterol dalam daging akan menjadi rendah setelah dibuang lemaknya.

Katanya, kandungan kolestrol dalam daging binatang terletak di dalam lemak dan sebab itu lemak yang terdapat pada daging perlu dibuang sebelum dimasak dan dimakan.


p/s: teringat kat ayah aku bile bace pasal daging kambing nih...haha...alaa..makan je daging kambing ni...sedap kn ayah kn...

Monday, April 5, 2010

rumah ku...

assalamualaikum...

lokasi : rumah aku

alamat : taman nabalu 2, lot 2, jalan kionsom baru, 89257, tamparuli, sabah.

gambar rumah :


dapur rumah


ruang makan


sofa asal


ruang tamu


pintu depan


sekian....huhu

Tuesday, March 2, 2010

dilema.....

hurm...mane yg sesuai n ekonomi??????


a ) kembara


b ) ford ranger


c ) toyota prado


d ) toyota mark II

p/s : gmbr tersebut adalah hiasan semata2...

Sunday, February 28, 2010

more picture...

assalamualaikum...

kali ni aku berjaya upload beberapa gmbr lgi...so,enjoyyyssss.......



ni laa umah aku skrg nih...hehe


tmpat mandi ku...sejuk seh pgi2 air dia...


motor aku kt tgh2 bukit...kt sini laa yg aku kene tolak motor...haha


nmpk cm ok kn? cube try test tngok...haha


bilik aku n tpt aku tido...huhu

Tuesday, February 16, 2010

diari 4

assalamualaikum...

hurm...dah lame aku tak update blog aku...bkn ape,masanye tak mengizinkan...aku skrg ni berada di sk. pahu...sje dtg amik brg nk wt keje sket...cuaca skrg panas,n jalan jadi kering n berabuk.tau2 la kan bila jalan kering,so agak licin gak laa.huhu.tp,alhamdulillah aku selamat smpai. kt sini aku rasa mcm tak berapa terjejas dengan kepanasan di bawah sana.angin masih betiup dan masih menyegarkan aku.suasana masih mendamaikan dan menenangkan.seronok duk sini.
ok laa...aku ada jgk kisah yg nk diceritakan kali nie. pertama,kisah motor aku 'cedera'.kesian motor aku.hari tue,on da way nk kua ke bdr,aku mcm biasalah dengan motor aku bergerak.smpai dibukit yg pertama dkt ngan sekolah aku,aku teringin untuk naik bukit tu tmpa menolak sebaliknya menunggang.so,dengan penuh keyakinan dan jati diri serta semangat waja,aku terus mem'press' minyak moto aku pada gear 1.smpai kt tgh2 bukit,"BAB", bunyik enjin motor aku terhentak kt batu.n serta merta brek belakang aku terus jam.tak boleh nk gerak lngsung.bayangkan laa kt tengah2 bukit yg curam.huhu.naseb aku baek sbb masih ramai cikgu yg baru mahu pulang. n ada seorag guru yng tahu serga sedikit ttg motor ni.so,bila dia dtg, dia pon tngok2 motor aku. dia buang angin yg ada kt brek blakang tue (motor aku pakai brek disk dpn n blakang).so boleh laa bergerak.tapi hanya untuk jangka masa yang sekejap je. sekali lagi brek aku jam sbb kepanasan (aku ni jenis yg kuat main brek).takut jatuh laa katakan...huhu. so sekali lagi dia tlong buangkan angin pada brek belakang. so,setelah kena buat kali yg kedua,aku pn bawk motor dgn kelajuan yang amat perlahan. bak kate Arwah atok minah aku, bwk pelan2.so aku dngan sntainya bawak motor n sedikitpon aku tak tekat brek belakang.just main brek dpn jer...bahaya tuuuu..pas selamat kuar kt jalan besar n solat jumaat n makan,aku trus menuju ke kedai tpt aku beli motor nie.dia pon repair laa..tp pas aku jln blik, stil kene..aku repair wt kali kedua dikedai yg sama..n masih lagi berlaku kerosakan.so aku mls nk repair dah...makan duit seh...aku pon bwk jer laa nek ke pahu.haa...peristiwa ini laa yg membawa kepada kisah aku yg kedua...iaitu jatuh motor...kisah nie berlaku pada hari khamis.aku ada pangilan meeting hari tue. so, aku pon terpaksa gerak keluar.n mmg niat dlm hati aku,nak sekali lagi repair motor tu.so bergerak laa aku seawal jam 6.30 pg. tgh aku bwk motor tu,kt jalan yg byk batu2 kasar,tiba2 disebalik selekoh,ada sebuah kereta muncul.aku pn jadik terkezut n secara automatik aku terus menekan abis brek dpn aku tanpa menekan brek belakang.n terjadilah aku seorang superman.haha.tertiarap aku kt atas jalan batu tue.then,aku bngun blk n angkat motor aku.org yg bwk kete tue pn kuar sama smbil tak henti2 mtk maaf.padahal bkn slh dia pn.slh aku jgk sbb terkezut.motor aku plak,just calar n stand dia bengkok.aku try start motor n hidup.gembira tue aku.masa tue aku tak fikir sgt luke kt tngan n kaki aku.aku lebih pikirkan motor.hahaha.so,dah motor hidup,aku meneruskan perjalanan aku.tetapi,destinasi aku telah pon bertukar.aku terus menuju ke hospital tuaran sbb nk bersihkan luke.then pastu aku terus ke kedai motor untuk repair motor.kedai yg sama jgk tpt aku beli motor ni.pas kununnya dia ckp dah repair,aku pn bergerak laa terus jln2 jap (smpat lgi tue ngah luke2).beli brg makan sket n aku trus balk ke pahu.smpai kt pahu.mbr aku n kerani terkezut sbb aku bleh blk pahu time2 injurt nie.aku ckp,mls nk lepak tpt org,tu yg blk gak kt pahu.habis kisah kedua aku.(mohon maaf wt mak sbb tak bg tau pn jatuh motor.taknak susahkan hati mak.lgipn tak teruk sgt luke nye).so,bermulala kisah ketiga aku.smpai jer aku kt pahu,mlm tu jgk ada mbr aku org kg mengajak pergi memburu.mule2 aku cm tak larat.tp,pikir2 cm seronok gak ada pengalaman cmni.so aku pn join laa diorg.pkul 8.30 mlm kitorg gerak dri umah.masuk utan,redah sungai n pnjat batu.seronok,tapi dlm hati aku ttp beringat terutama pada pesanan mak dan ayah ku supaya extra berhati2.so,sepanjang perjalanan tu jgk aku berzikir dlm hati.mlm tu,nasib kitorg mmg baik sbb tgh2 berjalan terjumpa pelanduk.so,mbr aku yg org kg ni,tmbak laa.POMMM...kuat giler n gugur la seekor perajurit hutan.kami bergegas ke tpt pelanduk tu jatuh.smpai jer kerani tue suh aku smbelih,tp aku kurg kompiden sbb,ni pelanduk beb,bukan ayam..huhu...aleh2 mati sudah...walaupun aku tau,still boleh smbelih,tp aku just membatukan diri.n malam tu terlepaslaa kitorg untuk makan daging pelandung.takda rezeki.abis kisah ketiga aku.masuk kisah keempat aku plak.menjelang cuti nie,mbr aku, kerani n gb membuat satu subahat...hahahahahaha...utk mengadakan perkhemahan jer.saje nk wt suspen.hehe.so,kitorg plan nk berkelah di pantai shabandar.kitorg gerak pada hari sbtu selepas kenduri kesyukuran di rumah kerani.tp,pagi hari lgi,aku kuar dengan niat dan tekt nk betulkan sehabisnya brek belakang aku.sbb,trajedi jatuh motoh tu sedikit sebanyk menyeramkan aku.tp,aku dah tak pergi kedai motor yg aku beli motor tu.aku pg kedai motor len di pekan tamparuli.smpai kt kedai tue,mekanik trus ckp dia akan full servis brek belakang.so,dia bukak.cuci,isi minyk brek baru,buangkan angin dlm saluran brek tu n lain2.siap servis,motor aku kembali sihat seperti biasa.(geram aku kt kedai motor aku beli tue,repair cm tak repai,tp telan duit jgk.hampeh).so,pas repair tue,moto aku smpai sekarng masih lgi ok brek nyer...alhamdulillah...smbung kisah berkelak,kitorg gerak dlm kul 3ptg ke rumah gb n trus ke pantai.kitorg amik port yg jauh kedalam sket.smpai jer kitorang pasang kemah yg sgnt open sekelilingnya.then,kitorg pergi menjala ikan.petang tue dpt bnyk gak laa ikan belanak.kitorng pangang n makan dngn nasi yg dibawa dr umah.pergh,best tuu.n mlm tue, kitorng turunkan kemah n jadikan alas tidur kt pasir pantai.sbb,gb aku dia pasang unggung besar kt pantai tue.n tibalaa waktu tidur.dan perkara yg paling menyeramkan pn berlaku.terlalu banayk kelibat makhluk bersayap yg suka menghidap darah kt sekeliling kitorg.(nyamuk daa...)n kitorg mmg tak buleh tido.aku sndiri yg dan berbungkus mcm mumia tue pn masih kene gigit.mbr aku dah tidur mcm org mati dah tutup dr atas smpai kepala,still ada nyamuk yg menggeget.aleh2 kitorg lepak jer smpai pg.pg tue, tibe2 kitorg dikejutkan dengan berita kunci kereta hilang. puas laa kitorg mencari di pasir2 tu ta,kut2 tertimbus.aku dah mcm ayam dah duk terkais2.tp tak jmpe.then kerani aku mtk aku hntar dia blk nek motor sbb nk pgil sdare dia un tuk repair setelkan maslah.kejap pas tue, dia n sedare dia dtg nek motor. n sedare dia mengunakan kepakaran ala2 mcgyver n james bond utk menghidupkan kereta tanpa menggunakan kunci sebaliknya hanya menggunakan skrue driver.hebat2.aku pn belajar secara tak langsung cmne nk hidupkan kete tnpa kunci.hehehe.tibe2,gb aku menjerit bg tau kunci dah jmpe.pergh,gelak skana kitorg sbb keter dah hidup baru jmpe kunci.hampeh.pas siap2 n satu round lgi menjala,kitorg pn blk.hehe...
ni laa antara kisah2 aku kt sini.bagi aku,banyak pengalaman yg berlaku dan byk perkara yg membuatkan aku semakin matang.alhamdulillah kerana aku diberi kesempatan untuk melalui kisah2 nie nyg satu hari nt,aku boleh jdikan bahan cerita dan teladan untuk anak2 aku..huhu..sekian sahaja,n kalau ada masa n kisah yg menarik,aku akan kembali menulis.n buat pmbaca2 sume,doakan aku sentiasa selamat n sntiasa bersyukur dgn apa yg aku ada.
assalamualaikum........................

Friday, January 22, 2010


ini lah keadaan aku dimlm hari...bertemankan cahaya lilin...


di perkarangan rumah aku...


skolah Sk Pahu...murid seramai 29 org termasuk pra-6 org...


yg baru tu, rumah guru...dlm pembinaan...sebelahnya, rumah yg aku duduk skrg...lepas tu, rumah yg guru len duduk, n last skali, asrama murid tahun 6, tp pmbantu pra aku duduk kt situ skrg...


belakang rumah aku...ada sungai beb...hehe

p/s: alhamdulillah, berjaya aku upload gmbr...hehe

Thursday, January 21, 2010

diari 3

assalamualaikum...
bertemu kembali dalam siri diari...hehe...mcm dah ada rancangan tv sndiri plak...pertama-tamanya sekali, alhamdulillah, Allah s.w.t masih mengurniakan kesihatan bagi aku, masih mengizinkan aku untuk hdup dimuka bumi miliknya ni....dan aku bersyukur kepadanya, walaupun aku ditakdirkan berjauhan dengan keluarga tersayang...mungkin ini la perjalanan hidup aku yg sudah ditentukan oleh Dia...
baik la, tentang diri aku pulak...alhamdulillah, pada hujung minggu lepas, aku berjaya menyetelkan semua urusan pelaporan di JPN, bahgian kelesamatan dan mengeposkan kepada bhgian smber manusia...moga2 tiada lagi yang keciciran...di sini, aku nk sgt mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada abg sepupu aku yg aku panggil abg pi...sepanjang aku menguruskan semua urusan ni, dialah yang banyak membntu dan banyak disusahkan oleh aku...huhu...dari urusan mempotostat, mengesah, mengenalkan jalan2 di kk kat aku, dan menyediakan tpt penginapan utk aku...insyaalah, jasanya aku akan balas dengan menjadi guru yang terbaik...abg sepupu aku ni bertugas di JPN sebagai seorang pegawai bahagian dakwah kalau tak silap aku...so, urusan aku banyak dipermudahkan oleh dia...terima kasih sgt2...urusan pembelian motor jgk banyak dibantu oleh dia...alhamdulillah, motor tu kini mmg banyak berbakti walaupun baru berusia 2 minggu...kdng2 kesian jgk aku ngan motor aku,ye laa, baru je kuar dri kedai, dah terpaksa melalui jalan yang penuh ranjau dan batu...haha...body dia yg baru tu terus aku salut dengan lumpur spnjang perjalanan aku...rantai yg tegang tu, terus aku longgarkan dengan perjalanan penuh batu2 yg besar2...tayar dia lgik laa, kadang2 ada jgk laa terlanggar batu yg sedikit tajam, lopak air yg berlubang n mcm2 lgi...yg pling best, bila mendaki bukit yg curam dan penuh batu..mula2 naik, tak lepas jgk aku...press minyak smpai hangit bau motor...ye la kan, baru belajar nek bukit cm tu...lepas dah biasa, smpai je kat bukit tu, aku turun dr motor, n 'berjalan' bersama-sama dengan nya keatas...haha...maybe bila aku dah slim sket, larat laa kot dia nk gendong aku...baru2 nie, aku terjatuh motor masa nek bukit...time tu aku n GB n kerani skolah aku nk ke pekan Nabalu...nseb baik aku smpat slowkan kejatuhan nya ketahap yg paling minima...haha...cuak gak laa...(mtk maaf mak sbb tak bg tau masa call kt pkn Nabalu, takut mak risau)...alhamdulillah, aku n motor tak ada apa2...(wt pengetahuan, ni jalan yg first time aku lalu, bkn jalan biasa)...so terus laa aku ke pekan nabalu dengan lebih berhati2...sebenarnya, aku dok pikir nk folow GB yg mcm lalu kt jalan tar ke walaupun hakikatnya jln tue penuh batu2...hahaha...tp, diakan org lama...dah banyak pengalaman...ada hati mau ikut...tak sedar dirikan...haha...sepanjang perjalanan, aku menaiki bukit...tinggi yg amat dengan gaung2 yg dalam berada disepanjang jalan...huhu...berbeza dengan jalan yg biasa aku lalui...tp, apa yg membuatkan aku terpana, bila melihat keindahan alam ciptaan Allah s.w.t...ya Allah, cantiknya...bukit bukau yg hijau, udara yg segar, angin yg bertiup...sejenak membuatkan aku tak henti2 mengucapkan Allahuakbar...mmg sungguh cantik permandangan disini...setelah melalui kawasan bukit hingga ke puncak, tiba masa utk turun plak...time ni yg memerlukan kecekapan n tumpuan seratus peratus...jalan kat sini diturap dengan btu2 kecil...bukan dengan tar ye...just batu2 kecil...so, jalan ni mmg sngt licin...batu2 tu boleh membuatkan kita tergolek sekiranya tidak berhati2...kalau dah laju,bila brek, tayar je yg berhenti, motor tetap bergerak dengan laju...huhuhu...tapi, aku bwk slow tau...kalau jatuh, mau merana bdn...tp gb aku ttp relex dengan pemanduan yg selamber...hahaha...so,smpai je di pekan nabalu, aku sekali lagi terpana dengan keindahan alam...jalanya berkabus...di hentian tpt aku berhenti jgk berkabus...rasa macam kt negri omputih pn ada...hahaha...bru aku tau, kt Malaysia pn kita bleh rasa mcm kt tpt omputih...so, wt pe kita nk sebok2 pg tpt diorg kn...kita lawat dulu tpt kita...di pekan nabalu tu, cuaca sejuk...ye laa, dah kedai pn dalam kabus...first person aku call kat situ ialah, tak lain dan tak bukan, omak den...hehe...sje jer nk bg dia jeles sket...insyaalah, kalau dia n ayah aku dtg sini nt, mmg aku nk bwk dia prgi sana...tgok pemandangan yg cntik n bunga2 kt sini pn segar2 seh...rasa cm nak je petik bwk blk...tp org punya...haha...just aku sedikit kecewa sbb kat atas tue, tak nmpak gunung Kinabalu...sbb, kabus tebal sgt...kat situ aku sgh minum n makan megi ngan gb n kerani...aku jgk smpat melawat gerai cenderamata kt situ...bnyk gak yg menarik perhatian aku...terutama, ada satu alat muzik yg diperbuat dr tmpurung,n bunyiknya dtg dri 6 besi yg diikiat pd tmpurung tu...nama alat muzik ni aku pn tktau...hehe...pas puas berjln, aku,gb n kerani pn bertolak blk...n dlm perjalanan blk tu, rupe2nya Allah s.w.t makbulkan hasrat aku nk tgok gunung Kinabalu...kabus2 yg tebal mula beralih n menampakkan gunung Kinabalu yg tersergam indah...aku, gb n kerani berhenti seketika di tepi bukit untuk melihat gunung kinabalu...pertama kalu lihat gunung Kinabalu dengan secara live...wahhhhhh...CANTIKNYAAAAAAA...tak gune aku nk cite,kalo nk tau, msti tgok dengan mata sndiri bri kita akan tahu betapa agungnya ciptaan Allah...so,selepas berehat seketika, aku pn bergerak pulang kerumah...Allhamdulillah,bnyak kenangan n pengalaman aku hari itu...aku bersyukur kepada Allah sbb aku berada disini...kalau tak,aku takkan dpt melihat sndiri pengalaman2 berharga mcm ni...n terima kasih buat Bonda dan ayahanda tercinta, kera mengizinkan aku ke negeri dibawah bayu ni, walaupun dengan hati yg berat...insyaallah, anakanda akan gunakan semua pengalaman disini untuk menjai insan yg lebih beriman, lebih baik dan lebih bertanggungjwb...oklah,smpai disini shaja dulu, coretan diari aku...insyaallalh, dikesempatan lain,aku akan terus menulis ttg perkabaran terbari aku disini...semoga hidup kita sentiasa dalam rahmat dan lindungannya...amin....assalamualaikum....

Thursday, January 14, 2010

aduhai...

hurm...dah 4,5 kali aku try nk upload gmbr ...tp tak lepas2...tensen den...wt semua,insyaallah, gmbr akan cuba di upload kn lgi untuk tatapan...salam...

Wednesday, January 13, 2010

Diari 2

assalamualaikum...
alhamdulillah, dah masuk minggu kedua aku kat sini. so far, semua ok je. alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t sbb bg aku kekuatan. ujung minggu lepas aku ke kk, rumah abg sepupu aku. tujuan untuk menguruskan pendaftaran n pembelian motor utk memudahkan urusan aku. so, selepas sekolah hari jumaat tu, bergerak la aku ke kk bersama rakan sekolah aku. aku n dia tumpang kereta 4x4 seorang cikgu sekolah ini juga. sbb, nk tumpang motor mmg tak lepas laa. naik sorg pn semput. haha. aku ditumpangkan sampai ke kiulu. then, aku n mbr naik van mini ke pekan tamparuli. disitu, aku berhenti untuk solat jumaat di masjid pekan. alhamdulillah masih selamat solat jumaat aku. selepas solat, aku n mbr sgh makan di satu gerai berhampiran. makan rojak mee. kali pertama aku makan rojak yg mempunyai sup. hahaha. kalau kt semenanjung mkn nasi ayam jer yg ada sup. selepas makan, aku n mbr terus bergerak ke kk. aku call abg sepupu aku, bg tau aku dah smpai kk. tapi, oleh kerana dia bekerja, jd dia hanya boleh ambil aku pd pukul 5 ptg. so aku dcide untuk ke pejabat pos menguruskan urusan lesen. maklumla nk beli motor. alhamdulillah, mbr aku ni menawarkan untuk menunjukkan jalan ke sana. setelah selesai, aku fikir, baik juga aku terus ke maybank minta penyata. so aku cadangkan kt mbr aku spya dia blk dulu. taknak la menyusahkan dia. so aku ke bank sorg menguruskan penyta untuk gaji. penting tuuu. pd lebih kurg pukul 5, abg sepupu aku pn smpai. smpai dirumah, aku sekali lagi terkezut, sbb sepupu aku yg belajar di UMS pn ada sama. heh, terfikir aku masa aku cakap kat dia, "kita jumpa kat sabah", dia balas," erm..takyah jumpa laa", smbil tersengih. alih2 tak smpai seminggu dah pn berjumpa. hahaha. tp ok laa, ada gak teman aku. keesokan hari, aku dan abg sepupu keluar untuk mencari motor. smpai ke kedai, aku terus tertarik dengan motor scrambler. hahaha. kunun mengidam laa. tp, motor tu made in Taiwan. tak direkemenkan oleh abg sepupu aku. so aku pon beralih kepada motor cup yg biasa. aku pn tertarik dengan modenas GP 128. sbb, bg aku body dia yg besar boleh tmpung body aku yb besar jgk. haha. so, termeterailah perjanjian untuk mendapatkan motor tu. selesam membayar pendahuluan, aku pn balik dengan abg sepupu aku. petang tua, teringin pulak aku keluar berjalan-jalan smbil mencari barag keperluan. so, aku mula-mula cam ajak-ajak ayam jer dengan sepupu aku yb belajar disini ni. tp, dia plak yg mcm lebih-lebih ajak aku keluar. haha. so, keluar la ku dengan dia yg kononnya taknak berjumpa aku disabah. hari itu, aku pergi ker central point, pas tu kat mane ntah lg. name kt sini pelik2 sket, tu yg susah sket aku nk ingat. lepas jln aku pn pulang. ahad, aku pergi pulak ke 1 borneo,tgok wayang. aku tengok cerita Avatar, best wooo. heh. pada hari isnin pulak, aku bersama abg sepupu aku, pergi ke JPN tmpat dia bekerja. smpai kt sana, aku buat salinan bagi mana2 yg perlu dan disahkan oleh abg sepupu aku. dia merupakan pegawai bahagianb dakwah di JPN. di situ jgk, aku buat nametag dan amik gambar. lepas tue, aku n abg sepupu aku terus ke bangunan federel untuk urusan pas kerja. oleh kerana dia ada kerja, jadi dia pulang dulu dan aku menguruskan kerja aku sorg2. lepas dapt surat dri JPN, aku terus ke pejabat imegresen kat dengan 1 borneo. alhamdulillah, urusan disitu mudah. hari selasa pulak, aku n abg sepupu pergi semula ke kedai motor, kerana mengikut perjanjian, hari ini urusan motor selesai. tp kami dikecewakan dengan berita bahawa loan tak lulus lgi. takpelah, maybe ada hikmah. esoknya, abg sepupu aku pg2 telah menghantar dokumen yg kedai motor tu nak semasa dlm perjalanan prgi kerja. aku menalifon kedai tersebit sebanyak 3 kali. dah sedikit geram, aku dcide trus pergi kekedai moyor tanpa menalifon lagi. smpai dikedai motor, trus diberitahu, semua urusan selesai. hurm...sabar je laa. so, setelai selesai semua perkara, aku pn mangmbil motor baru aku pulang kerumah sepupu aku. setelah makan tengah hari dan solat zuhur, aku bertolak pulang. smpai di tuaran, aku singgah di PPD tuaran untuk mengambil surat lapor diri yg 'terlupa' diserahkan tempoh hari. terus aku smbung perjalanan ke Pahu. sangka aku, jalan masuk ke Pahu, susah tp tidak terlalu susah nyata meleset. ada laa dlm 2 ke 3 kali jgk aku nyaris nk terjatuh motor. di pertengahan bukit plak tue. terpaksa laa aku turun dri motor, n tolak motor keatas. hahaha. pengalaman yg sngt mencabr bg aku. betul la kata mbr aku, pertama kali naik motor ke pahu, mahu habis sakit bdn-bdn. alhamdulillah, setelah menempuh jalan yg sngt mencabr bagi orag yang baru disitu, aku smpai jgk ke sk pahu. skarg, aku menulis di blog aku nie untuk diceritakan kepada semua yg mengenali aku ttg keadaan aku. buat Mak n Ayah, along dah selamat smpai. Buat siti, abg tak ape2. selamat semuanya.. doakanlah keselamatan yg berpanjangan. oh ya, selepas aku smpai di Pahu, aku rasa aku di timpa satu penyakit. HOME SICK. hahaha. rindunya kat MAK n AYAH. rindu jgk kt org tersayang. rindu pada suasana kampung. rindu telatak sepupu yg kecil2. rindu saudara mara. n semualah. tp insyaallah, aku akan kuat kn diri. berkat doa semua insan yg menyayangi aku, aku yakin aku mampu laksanakan tanggungjwb ni. so, setakat ni saja dulu. ada masa. aku akan menulis lgi dlm blog aku nie. assalamualaikum...........

Wednesday, January 6, 2010

Diari 1

Assalamualaikum...
Ini pertama kali aku menulis tentang diri aku sepanjang berada di Sabah. Catatan ini juga khas buat emak dan ayah aku yg tersayang, adik-adik aku, saudaramara, kawan-kawan dan taklupa insan tersayang. buat pengetahuan, aku kini berada di kg Pahu, Sabah. aku sudah pn memulakan tugas aku sbgai guru di Sk Pahu...

perjalanan aku untuk ke kg Pahu ni mengambil masa lebih krg 2 jam. jalan penuh bukit bukau, berbatu bata. boleh dikatakan sepanjang perjalan aku tak berhenti berenjut macam penyanyi rock buat head banging. bagi aku yang pertama kali merasai perjalanan sebagini, agak membuatkan aku xcited. maklumlah, memikirkan mcm mana rupa tpt yang bakal aku diami nt. namum kerisauan aku sdikit terubat sbb pemadangan kat sini mmg cantik. perjalanan aku juga melintasi lebih kurg 3 sungai. rasa nk terjum mandi jer. tap emak aku mesti marah. hahaha. so, smpai je aku di kg Rahu, aku disambut oleh GB. sebelum tu, aku nk bagi tau ni, perjalanan aku turut diiringi oleh seorang pegawai prasekolah dr PPD tuaran, pegawai prasekolah negeri Sabah dan juga 2 pegawai kpp dr kementerian pelajaran Malaysia. heh, rasa hebat la plak dihantar dengan orang besar2. kitorng diberikan taklimat serba ringkas sebelum kepulangan 'pengiring2' aku. huhu. selepas itu aku dihantar oleh GB ke rumah aku yang hanya disebelah padang kecil sekolah. rumah kayu biasa yg tiada eletrik. air menggunakan air takungan diatas bukit. bagi aku, kra takda masalah sgt kecuali masyarakat disini adalah masyarakat Dusun yang beragama kristian. banyak sguh gereja yg aku jmpa sepanjang perjalanan tadi. dan anjing jg banyak kat sini. huhuhu. so, dari segi makanan tu jelah yg agak susah sket. tp, boleh juga aku berdiet. hahaha. mesti terkezut famili aku bila aku blk nt. mlm tu aku tido awal sbb keletihan. Tamat