ini lah keadaan aku dimlm hari...bertemankan cahaya lilin...
di perkarangan rumah aku...
skolah Sk Pahu...murid seramai 29 org termasuk pra-6 org...
yg baru tu, rumah guru...dlm pembinaan...sebelahnya, rumah yg aku duduk skrg...lepas tu, rumah yg guru len duduk, n last skali, asrama murid tahun 6, tp pmbantu pra aku duduk kt situ skrg...
belakang rumah aku...ada sungai beb...hehe
p/s: alhamdulillah, berjaya aku upload gmbr...hehe
Friday, January 22, 2010
Posted by zeneth_86 at 7:11 PM 2 comments
Thursday, January 21, 2010
diari 3
assalamualaikum...
bertemu kembali dalam siri diari...hehe...mcm dah ada rancangan tv sndiri plak...pertama-tamanya sekali, alhamdulillah, Allah s.w.t masih mengurniakan kesihatan bagi aku, masih mengizinkan aku untuk hdup dimuka bumi miliknya ni....dan aku bersyukur kepadanya, walaupun aku ditakdirkan berjauhan dengan keluarga tersayang...mungkin ini la perjalanan hidup aku yg sudah ditentukan oleh Dia...
baik la, tentang diri aku pulak...alhamdulillah, pada hujung minggu lepas, aku berjaya menyetelkan semua urusan pelaporan di JPN, bahgian kelesamatan dan mengeposkan kepada bhgian smber manusia...moga2 tiada lagi yang keciciran...di sini, aku nk sgt mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada abg sepupu aku yg aku panggil abg pi...sepanjang aku menguruskan semua urusan ni, dialah yang banyak membntu dan banyak disusahkan oleh aku...huhu...dari urusan mempotostat, mengesah, mengenalkan jalan2 di kk kat aku, dan menyediakan tpt penginapan utk aku...insyaalah, jasanya aku akan balas dengan menjadi guru yang terbaik...abg sepupu aku ni bertugas di JPN sebagai seorang pegawai bahagian dakwah kalau tak silap aku...so, urusan aku banyak dipermudahkan oleh dia...terima kasih sgt2...urusan pembelian motor jgk banyak dibantu oleh dia...alhamdulillah, motor tu kini mmg banyak berbakti walaupun baru berusia 2 minggu...kdng2 kesian jgk aku ngan motor aku,ye laa, baru je kuar dri kedai, dah terpaksa melalui jalan yang penuh ranjau dan batu...haha...body dia yg baru tu terus aku salut dengan lumpur spnjang perjalanan aku...rantai yg tegang tu, terus aku longgarkan dengan perjalanan penuh batu2 yg besar2...tayar dia lgik laa, kadang2 ada jgk laa terlanggar batu yg sedikit tajam, lopak air yg berlubang n mcm2 lgi...yg pling best, bila mendaki bukit yg curam dan penuh batu..mula2 naik, tak lepas jgk aku...press minyak smpai hangit bau motor...ye la kan, baru belajar nek bukit cm tu...lepas dah biasa, smpai je kat bukit tu, aku turun dr motor, n 'berjalan' bersama-sama dengan nya keatas...haha...maybe bila aku dah slim sket, larat laa kot dia nk gendong aku...baru2 nie, aku terjatuh motor masa nek bukit...time tu aku n GB n kerani skolah aku nk ke pekan Nabalu...nseb baik aku smpat slowkan kejatuhan nya ketahap yg paling minima...haha...cuak gak laa...(mtk maaf mak sbb tak bg tau masa call kt pkn Nabalu, takut mak risau)...alhamdulillah, aku n motor tak ada apa2...(wt pengetahuan, ni jalan yg first time aku lalu, bkn jalan biasa)...so terus laa aku ke pekan nabalu dengan lebih berhati2...sebenarnya, aku dok pikir nk folow GB yg mcm lalu kt jalan tar ke walaupun hakikatnya jln tue penuh batu2...hahaha...tp, diakan org lama...dah banyak pengalaman...ada hati mau ikut...tak sedar dirikan...haha...sepanjang perjalanan, aku menaiki bukit...tinggi yg amat dengan gaung2 yg dalam berada disepanjang jalan...huhu...berbeza dengan jalan yg biasa aku lalui...tp, apa yg membuatkan aku terpana, bila melihat keindahan alam ciptaan Allah s.w.t...ya Allah, cantiknya...bukit bukau yg hijau, udara yg segar, angin yg bertiup...sejenak membuatkan aku tak henti2 mengucapkan Allahuakbar...mmg sungguh cantik permandangan disini...setelah melalui kawasan bukit hingga ke puncak, tiba masa utk turun plak...time ni yg memerlukan kecekapan n tumpuan seratus peratus...jalan kat sini diturap dengan btu2 kecil...bukan dengan tar ye...just batu2 kecil...so, jalan ni mmg sngt licin...batu2 tu boleh membuatkan kita tergolek sekiranya tidak berhati2...kalau dah laju,bila brek, tayar je yg berhenti, motor tetap bergerak dengan laju...huhuhu...tapi, aku bwk slow tau...kalau jatuh, mau merana bdn...tp gb aku ttp relex dengan pemanduan yg selamber...hahaha...so,smpai je di pekan nabalu, aku sekali lagi terpana dengan keindahan alam...jalanya berkabus...di hentian tpt aku berhenti jgk berkabus...rasa macam kt negri omputih pn ada...hahaha...bru aku tau, kt Malaysia pn kita bleh rasa mcm kt tpt omputih...so, wt pe kita nk sebok2 pg tpt diorg kn...kita lawat dulu tpt kita...di pekan nabalu tu, cuaca sejuk...ye laa, dah kedai pn dalam kabus...first person aku call kat situ ialah, tak lain dan tak bukan, omak den...hehe...sje jer nk bg dia jeles sket...insyaalah, kalau dia n ayah aku dtg sini nt, mmg aku nk bwk dia prgi sana...tgok pemandangan yg cntik n bunga2 kt sini pn segar2 seh...rasa cm nak je petik bwk blk...tp org punya...haha...just aku sedikit kecewa sbb kat atas tue, tak nmpak gunung Kinabalu...sbb, kabus tebal sgt...kat situ aku sgh minum n makan megi ngan gb n kerani...aku jgk smpat melawat gerai cenderamata kt situ...bnyk gak yg menarik perhatian aku...terutama, ada satu alat muzik yg diperbuat dr tmpurung,n bunyiknya dtg dri 6 besi yg diikiat pd tmpurung tu...nama alat muzik ni aku pn tktau...hehe...pas puas berjln, aku,gb n kerani pn bertolak blk...n dlm perjalanan blk tu, rupe2nya Allah s.w.t makbulkan hasrat aku nk tgok gunung Kinabalu...kabus2 yg tebal mula beralih n menampakkan gunung Kinabalu yg tersergam indah...aku, gb n kerani berhenti seketika di tepi bukit untuk melihat gunung kinabalu...pertama kalu lihat gunung Kinabalu dengan secara live...wahhhhhh...CANTIKNYAAAAAAA...tak gune aku nk cite,kalo nk tau, msti tgok dengan mata sndiri bri kita akan tahu betapa agungnya ciptaan Allah...so,selepas berehat seketika, aku pn bergerak pulang kerumah...Allhamdulillah,bnyak kenangan n pengalaman aku hari itu...aku bersyukur kepada Allah sbb aku berada disini...kalau tak,aku takkan dpt melihat sndiri pengalaman2 berharga mcm ni...n terima kasih buat Bonda dan ayahanda tercinta, kera mengizinkan aku ke negeri dibawah bayu ni, walaupun dengan hati yg berat...insyaallah, anakanda akan gunakan semua pengalaman disini untuk menjai insan yg lebih beriman, lebih baik dan lebih bertanggungjwb...oklah,smpai disini shaja dulu, coretan diari aku...insyaallalh, dikesempatan lain,aku akan terus menulis ttg perkabaran terbari aku disini...semoga hidup kita sentiasa dalam rahmat dan lindungannya...amin....assalamualaikum....
Posted by zeneth_86 at 3:38 AM 1 comments
Thursday, January 14, 2010
aduhai...
hurm...dah 4,5 kali aku try nk upload gmbr ...tp tak lepas2...tensen den...wt semua,insyaallah, gmbr akan cuba di upload kn lgi untuk tatapan...salam...
Posted by zeneth_86 at 4:55 AM 1 comments
Wednesday, January 13, 2010
Diari 2
assalamualaikum...
alhamdulillah, dah masuk minggu kedua aku kat sini. so far, semua ok je. alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t sbb bg aku kekuatan. ujung minggu lepas aku ke kk, rumah abg sepupu aku. tujuan untuk menguruskan pendaftaran n pembelian motor utk memudahkan urusan aku. so, selepas sekolah hari jumaat tu, bergerak la aku ke kk bersama rakan sekolah aku. aku n dia tumpang kereta 4x4 seorang cikgu sekolah ini juga. sbb, nk tumpang motor mmg tak lepas laa. naik sorg pn semput. haha. aku ditumpangkan sampai ke kiulu. then, aku n mbr naik van mini ke pekan tamparuli. disitu, aku berhenti untuk solat jumaat di masjid pekan. alhamdulillah masih selamat solat jumaat aku. selepas solat, aku n mbr sgh makan di satu gerai berhampiran. makan rojak mee. kali pertama aku makan rojak yg mempunyai sup. hahaha. kalau kt semenanjung mkn nasi ayam jer yg ada sup. selepas makan, aku n mbr terus bergerak ke kk. aku call abg sepupu aku, bg tau aku dah smpai kk. tapi, oleh kerana dia bekerja, jd dia hanya boleh ambil aku pd pukul 5 ptg. so aku dcide untuk ke pejabat pos menguruskan urusan lesen. maklumla nk beli motor. alhamdulillah, mbr aku ni menawarkan untuk menunjukkan jalan ke sana. setelah selesai, aku fikir, baik juga aku terus ke maybank minta penyata. so aku cadangkan kt mbr aku spya dia blk dulu. taknak la menyusahkan dia. so aku ke bank sorg menguruskan penyta untuk gaji. penting tuuu. pd lebih kurg pukul 5, abg sepupu aku pn smpai. smpai dirumah, aku sekali lagi terkezut, sbb sepupu aku yg belajar di UMS pn ada sama. heh, terfikir aku masa aku cakap kat dia, "kita jumpa kat sabah", dia balas," erm..takyah jumpa laa", smbil tersengih. alih2 tak smpai seminggu dah pn berjumpa. hahaha. tp ok laa, ada gak teman aku. keesokan hari, aku dan abg sepupu keluar untuk mencari motor. smpai ke kedai, aku terus tertarik dengan motor scrambler. hahaha. kunun mengidam laa. tp, motor tu made in Taiwan. tak direkemenkan oleh abg sepupu aku. so aku pon beralih kepada motor cup yg biasa. aku pn tertarik dengan modenas GP 128. sbb, bg aku body dia yg besar boleh tmpung body aku yb besar jgk. haha. so, termeterailah perjanjian untuk mendapatkan motor tu. selesam membayar pendahuluan, aku pn balik dengan abg sepupu aku. petang tua, teringin pulak aku keluar berjalan-jalan smbil mencari barag keperluan. so, aku mula-mula cam ajak-ajak ayam jer dengan sepupu aku yb belajar disini ni. tp, dia plak yg mcm lebih-lebih ajak aku keluar. haha. so, keluar la ku dengan dia yg kononnya taknak berjumpa aku disabah. hari itu, aku pergi ker central point, pas tu kat mane ntah lg. name kt sini pelik2 sket, tu yg susah sket aku nk ingat. lepas jln aku pn pulang. ahad, aku pergi pulak ke 1 borneo,tgok wayang. aku tengok cerita Avatar, best wooo. heh. pada hari isnin pulak, aku bersama abg sepupu aku, pergi ke JPN tmpat dia bekerja. smpai kt sana, aku buat salinan bagi mana2 yg perlu dan disahkan oleh abg sepupu aku. dia merupakan pegawai bahagianb dakwah di JPN. di situ jgk, aku buat nametag dan amik gambar. lepas tue, aku n abg sepupu aku terus ke bangunan federel untuk urusan pas kerja. oleh kerana dia ada kerja, jadi dia pulang dulu dan aku menguruskan kerja aku sorg2. lepas dapt surat dri JPN, aku terus ke pejabat imegresen kat dengan 1 borneo. alhamdulillah, urusan disitu mudah. hari selasa pulak, aku n abg sepupu pergi semula ke kedai motor, kerana mengikut perjanjian, hari ini urusan motor selesai. tp kami dikecewakan dengan berita bahawa loan tak lulus lgi. takpelah, maybe ada hikmah. esoknya, abg sepupu aku pg2 telah menghantar dokumen yg kedai motor tu nak semasa dlm perjalanan prgi kerja. aku menalifon kedai tersebit sebanyak 3 kali. dah sedikit geram, aku dcide trus pergi kekedai moyor tanpa menalifon lagi. smpai dikedai motor, trus diberitahu, semua urusan selesai. hurm...sabar je laa. so, setelai selesai semua perkara, aku pn mangmbil motor baru aku pulang kerumah sepupu aku. setelah makan tengah hari dan solat zuhur, aku bertolak pulang. smpai di tuaran, aku singgah di PPD tuaran untuk mengambil surat lapor diri yg 'terlupa' diserahkan tempoh hari. terus aku smbung perjalanan ke Pahu. sangka aku, jalan masuk ke Pahu, susah tp tidak terlalu susah nyata meleset. ada laa dlm 2 ke 3 kali jgk aku nyaris nk terjatuh motor. di pertengahan bukit plak tue. terpaksa laa aku turun dri motor, n tolak motor keatas. hahaha. pengalaman yg sngt mencabr bg aku. betul la kata mbr aku, pertama kali naik motor ke pahu, mahu habis sakit bdn-bdn. alhamdulillah, setelah menempuh jalan yg sngt mencabr bagi orag yang baru disitu, aku smpai jgk ke sk pahu. skarg, aku menulis di blog aku nie untuk diceritakan kepada semua yg mengenali aku ttg keadaan aku. buat Mak n Ayah, along dah selamat smpai. Buat siti, abg tak ape2. selamat semuanya.. doakanlah keselamatan yg berpanjangan. oh ya, selepas aku smpai di Pahu, aku rasa aku di timpa satu penyakit. HOME SICK. hahaha. rindunya kat MAK n AYAH. rindu jgk kt org tersayang. rindu pada suasana kampung. rindu telatak sepupu yg kecil2. rindu saudara mara. n semualah. tp insyaallah, aku akan kuat kn diri. berkat doa semua insan yg menyayangi aku, aku yakin aku mampu laksanakan tanggungjwb ni. so, setakat ni saja dulu. ada masa. aku akan menulis lgi dlm blog aku nie. assalamualaikum...........
Posted by zeneth_86 at 3:58 AM 4 comments
Wednesday, January 6, 2010
Diari 1
Assalamualaikum...
Ini pertama kali aku menulis tentang diri aku sepanjang berada di Sabah. Catatan ini juga khas buat emak dan ayah aku yg tersayang, adik-adik aku, saudaramara, kawan-kawan dan taklupa insan tersayang. buat pengetahuan, aku kini berada di kg Pahu, Sabah. aku sudah pn memulakan tugas aku sbgai guru di Sk Pahu...
perjalanan aku untuk ke kg Pahu ni mengambil masa lebih krg 2 jam. jalan penuh bukit bukau, berbatu bata. boleh dikatakan sepanjang perjalan aku tak berhenti berenjut macam penyanyi rock buat head banging. bagi aku yang pertama kali merasai perjalanan sebagini, agak membuatkan aku xcited. maklumlah, memikirkan mcm mana rupa tpt yang bakal aku diami nt. namum kerisauan aku sdikit terubat sbb pemadangan kat sini mmg cantik. perjalanan aku juga melintasi lebih kurg 3 sungai. rasa nk terjum mandi jer. tap emak aku mesti marah. hahaha. so, smpai je aku di kg Rahu, aku disambut oleh GB. sebelum tu, aku nk bagi tau ni, perjalanan aku turut diiringi oleh seorang pegawai prasekolah dr PPD tuaran, pegawai prasekolah negeri Sabah dan juga 2 pegawai kpp dr kementerian pelajaran Malaysia. heh, rasa hebat la plak dihantar dengan orang besar2. kitorng diberikan taklimat serba ringkas sebelum kepulangan 'pengiring2' aku. huhu. selepas itu aku dihantar oleh GB ke rumah aku yang hanya disebelah padang kecil sekolah. rumah kayu biasa yg tiada eletrik. air menggunakan air takungan diatas bukit. bagi aku, kra takda masalah sgt kecuali masyarakat disini adalah masyarakat Dusun yang beragama kristian. banyak sguh gereja yg aku jmpa sepanjang perjalanan tadi. dan anjing jg banyak kat sini. huhuhu. so, dari segi makanan tu jelah yg agak susah sket. tp, boleh juga aku berdiet. hahaha. mesti terkezut famili aku bila aku blk nt. mlm tu aku tido awal sbb keletihan. Tamat
Posted by zeneth_86 at 3:35 AM 0 comments